Sunday, November 7

just the way you are

bahagianya mereka tanpa sekelumit rasa sesal
bahagianya mereka seolah tiada apa berlaku
bahagianya mereka seperti baru hidup semalam





          aku, semakin sakit melihat mereka        
  aku, semakin terasing merajai diri
aku, semakin lemah oleh kekuatan sendiri





seakan lemah tiada berdaya
seakan jiwa meronta-ronta
seakan tangan mahu meminta-minta





tapi mana mungkin itu semua
tapi mana mungkin itu terjadi
tapi mana mungkin aku sebegini






 
mana kekuatanmu wahai diri
mana ketabahanmu wahai hati
mana kebijakkanmu wahai ogie

Friday, November 5

kecewa tiada terduga



semalam...
aku dihiburkan dengan gelak tawa ....tapi hari ini tangisan seperti akan mendahului segalanya
aku seakan tak kuat untuk menjalani hari ini...entah apa yang cuba terjadi aku hanya mampu menunggu sehingga esok pagi...

abang fadil...
aku tak nak susahkan ko..tapi sekarang ni aku sangat perlukan ko...
untuk sokong aku setiap masa...aku terlalu kecewa..semua itu menghambat aku semula
aku dah pon baca Quran macam yang ko selalu pesan
aku ingat Allah setiap masa macam ko pesan
aku tak pernah lupa Allah

abang asmoni...
aku minta maaf sebab tak dapat balik majlis kahwen ko
walaupun hari ini sebelah perempuan
aku tetap rasa bersalah yang teramat sebab
nanti kat umah kita..belum tentu aku ada jugak
dah kahwen ni..pandai2 la jaga keluarga ok
aku tak boleh cakap lebey2 sebab "ko kan abanggg"

parent...
nak minta maaf juga
sebab dah dua kali abang sendiri kahwen tak dapat balik
banyak benda yang menghimpit untuk diselesaikan
minta halal makan minum, jasa dan semuanya
takot tak sempat untuk buat semua ini
takot ajal menjemput tanpa disedari diri

ila...
aku harap ko tetap bersabar dalam mengharungi liku2 hidup ini k
apa yang aku mampu buat setakat ni hanyalah bagi telinga
kalau ko rasa itu dah cukup membuat ko lega
aku sendiri akan cukup bahagia

ida...
kat umah dah xde orang perempuan sangat
sebab ila pon dah ada tanggungjawab yang lebih besar
aku memang harapkan ko je nak jaga mak
kalau mak sakit sekurang-kurangnya ada gak orang tengok2kan

adik...
ko la penawar...ko jugaklah racun
SPM dah dekat...study rajin2 ok
aku tak tahu setakat mana aku boleh tolong ko
tapi doa kejayaan untuk ko memang ada
aku tak nak tengok ko menyesal di kemudian hari
apa yang betul dalam hidup aku ko ikut la
apa yang sebaliknya..jangan sekali ko mencuba

p/s : terima kasih yang tak terhingga pada keluarga
korang ada setiap masa walau terkadang aku terleka
aku bersedih seperti aku tak punya apa2
walhal aku masih punya keluarga yang setia

Saturday, October 16

this is wat we call "TRAGEDY OCTOBER"

dr. karim = seseorang yang aku cinta...atas dasar apa aku mencintai seorang lelaki yang usianya hampir sebaya dengan kakak sulungku....dulu, aku masih mampu tersenyum dan tertawa tika mendengar kata pujangga itu...cinta itu buta....hingga muda remaja mampu melabuhkan cintanya pada yang jauh berusia...aku pendam seluruh cintaku ini hingga tiada siapa dapat menghidunya walau secubit rasa...dr. karim....i'll love u...i'll love u...and i'll love u 4 ever a year again.....tanpamu, hancurlah masa depanku...oh, tidakkkk!!!!...muahahhaa...ko nak mampus, ingat aku desperate sangat nak rebut cinta lecturer sendiri...dr. karim penyelia tesis aku ok...

terima kasih pada dr. karim = batalkan midsem ekoran 4 orang pelajar pilihan bebas tak tahu ada midsem semalam...aku terus tepuk tangan ala-ala dolphin dapat ikan lepas lompat-lompat dalam air...selamat hidup aku...mau taknya...aku tak study mana kottt...penat yang amat minggu nih...

terima kasih sekali lagi pada dr. karim = tamatkan kelas awal sebab ada presentation ntah dekat mana tah dia sebut...kul 9 pagi da habis kelas ok..sangat seronok...terus pergi makan kat cafe censelori...

menu : bubur ( ikan bilis + kacang tanah + kicap )        
menu tambahan : ayam masak kicap

dah 3/4 makan nih...aku makan la tulang yang lembut tuh...biasanya aku bantai telan je tulang tu sebab tulang tu sedap dan tak mati pun kalau telan...tiba-tiba aku rasa tulang tu terlalu keras nak aku gigit...siap berlaga-laga kat gigi...lastly, aku kuarkan dari mulut...punyalah terkejut nak naik haji mampos aku dibuatnya...nak tahu benda apa yang keras sangat & aku gigit tuh????


paku karat ok...
siap bengkok lagi....memang sedaplah makan paku nih...da macam keropok...
terbantut semua orang nak makan...sian bebudak nih..tak pasal-pasal terlibat sama...kebetulan pekerja cafe lalu...bagi pada dia and then manager dia datang...tau apa dia cakap???

             "...pakcik minta maaflah, mungkin pekerja tak perasan kan masa bersihkan ayam tuh...
                                     aaa, ambik apa-apa yang nak ambik..."

aku yang da tergamam ni...senyap je laaa...
yang tak logiknya ialah : dia suruh ambik apa je yang nak ambik...
aku nak makan punda phobia..nak ambik pebendanya...
lastly, cau terus...

p/s : naseb la aku ni baik aku tak serang kat kaunter masa orang ramai nak bayar...
lau tak..memang ruin la bisnes korang aku kejekan...
xmau makan kat situ buat masa terdekat @ selama-lamanya...
sangat phobia esp. daging ayam...







30 day without you

semalam, genap 30 hari aku hidup tanpa kau...aku sangka aku akan mati segala-gala walau bukan tercabut nyawa...tapi semua kejadian adalah dengan keizinan Tuhan...aku berjaya bernafas selama 30 hari ini walaupun kadangakala terpaksa bernafas dalam sendu...tangan aku telah berjasa pada awal pagi 15 oktober 2010 untuk menyeka air mata...mood untuk study midsem tiba-tiba diganggu oleh emosi yang datang entah dari mana...iringan lagu yang menusuk kalbu, seakan mengajuk-ajuk perasaan aku yang minta dipujuk...aku tak mampu memendam ini semua...aku habiskan di air mata walau aku tahu ia takkan bermakna apa-apa untuk aku atau dia...yang aku lakukan hanyalah untuk memuaskan hati sendiri yang sepi secara tak semena-mena...


air mata yang aku sapu itu aku harap menjadi pemangkin semangat aku untuk lebih kuat menghadapi 30 hari atau 30 tahun akan datang...mampukah aku????...itu semua akan terjawab oleh masa dan keadaan...aku kuatkan diri aku untuk tidak mahu lagi melihat luka yang terpendam dan seakan-akan luka berdarah yang disimbah dengan perahan limau...sakitnya hanya aku yang rasa..hanya aku yang dendam...hari-hari aku yang tabah biasanya akan diganggu gugat oleh lintasan kejahanaman perhubungan itu...jika diberi pilihan...aku tak mahu mengingat sebarang perihal itu walau secebis kenangan...kau akan aku anggap seperti lalang yang tiada pendirian..mudah dibawa arus keseronokan...kau bukan jejaka pilihan...


p/s : hari ni hari penganugerahan anugerah khas dekan...aku antara orang yang layak berada dalam di dalam kalangan itu...aku bersyukur, di masa aku jatuh lagi tersungkur...kejayaan ini yang membuat aku bangkit...aku akan pastikan aku tidak merempat hanya kerana "pembuangan" ini...aku sudah berada di sini...sedangkan kau...belum pasti lagi...

Sunday, October 10

penyelamat bencana

berbaju kurung + bertudung = ayu sekali si dara manis....entah berapa orang yang termasuk drama kali ini...kau pun tak ingat....yang pasti ia bermula di sini :


babak 1:
berjalan bersama rakan-rakan dengan langkah tersusun bagai...
menghala ke sebuah pantai yang indah lagi permai...
ajakan teman tiada dihiraukan...
lantaran ade yang mahu difikirkan...

babak 2:
rakan-rakan yang lain teruja nak naik sampan menuju ke suatu destinasi yang tidak aku ketahui...
aku mencari seorang teman lain yang mempunyai alasan agak serupa untuk tidak bersama mereka...
pelawaan dua jejaka berjaya menguntum 2 bunga...






babak 3:
langkah diayun ke kenderaan darat...
secara tiba-tiba angin + hujan lebat + ribut datang bertandang...
aku teringatkan teman-teman yang menaiki bot tadi...
apakah nasib mereka dipukul badai gelora...
hatiku tertanya-tanya..apakah ini suatu petanda...
langkah & keputusan aku tidak mengikut mereka benar belaka...

babak 4:
sampai di sebuah rumah kayu yang agak lama kelihatannya...
aku disambut mesra dengan gelak tawa & jenaka...
kemesraan seorang jejaka di antara dua mengejutkan jiwa...
namun sesekali kau tidak leka dengan itu semua...
percaturan dengan ibunya yang mementingkan syurga membuat aku tersenyum jua...

p/s : aku tiada tahu makna apa bagi semua ini
Ya Tuhan yang Maha Pencipta
hijabkan kau dari berduka lara

mimpi yang menghambat

beberapa hari ni terasa sesak untuk aku bernafas....udara yang diberi pinjam secara percuma dari YANG MAHA PENCIPTA terasa cukup perit untuk telan...aku tak tahu mengapa mereka yang mahu aku campakkan jauh dari legenda hidup aku seolah-olah semakin berlari mengejar aku...apakah aku yang hanya dikejar bayangan sendiri...yang takut akan dosa silam yang telah terjadi...jika aku diberi pilihan untuk mengundurkan masa...mahu saja aku melupakan seorang jejaka yang pernah bertakhta...aku tak mahu dia berada di dalam jiwa walau untuk seketika...kerana tika mereka ketawa gembira..aku menangis hiba berseorang tanpa teman setia...mana janji yang pernah dikata untuk dikota...semuanya hancur lebur tanpa banyak tanda tanya bagi dia...

ingatan demi ingatan datang menjengah tatkala siang hampir melabuhkan tirai...aku semakin takut dengan kegelapan alami duniawi...aku takuttt...aku takutttt dan aku takutttt...aku sendiri tak mengerti mengapa ketakutan ini menyelubungi diri...takut aku menghadapi hari mendatang bersendirian adalah suatu yang sudah pasti...tiada aku tahu mengapa secara tiba-tiba aku hilang semangat untuk terus berlari walau banyak tangan yang menanti aku terus mengecapi bahagia diri...

mimpi pelbagai mimpi yang bertandang menambah keresahan aku pabila malam...aku tak mampu menghalau anasir-anasir seperti itu jika ia datang menghambat setiap malam...dalam setiap lena khayalku pasti diganggu duka yang menghempas akal...aku tiada berdaya...

padaMu wahai pencipta...aku bermohon jauh dari duka
datangkanlah aku bahagia..agar aku tiada kecewa selamanya

p/s : terima kasih tiada terhingga buat mata yang sering menangis tatkala aku kecewa
terima kasih pada hati yang sering menggenggam erat tali agama di masa aku merintih hiba

harapan yg punah...

Saturday, October 2

hujan di luar membuat baju ku basah..hujan di dalam membuat jiwaku resah


awal pagi punya cerita :
ku sangka panas sampai ke petang...rupanya hujan masa aku tengah tido...sangat menghampakan hati kerana baju yang bersosah-sosah aku basuh pakai tangan mesin full otomatik tu basah balik...penuh seampai kot baju tuh semua...planning nak jemur sebelum nak pergi kelas dr. karim xjadi...sebab bangun awal sangat ekoran tido pun awal sangat kan...terpaksalah jemur lepas balik kelas...tu pun masih ragu-ragu sebab tetiba berarak mendung awan yang kelabu...nak jemur ke tak nak...jemur ke tak nak...ohhh...aku dalam dilemma...tapi memikirkan sabtu nak jalan...maka terpaksa jemur jugak la kan...kang bau asem pulak spender baju-baju aku tuh...


pagi hampir tengahari :
nasi yang aku tapau dari cafe pusan aku bedal sambil on9...dua jam da cukup untuk hadam makanan tuh..apalagi...sejadah tilam & bantal da swittt2 je dari tadi..tapi tak sempat nak mimpi...baru 20 minit kot aku tido...tiba-tiba tersedar dari lamunan...bangun-bangun je ada duit 10k jatuh atas riba dah hujan lebat ok...dan tiba-tiba lagi...teringat spender & bra baju yang sebakul tuh..nak menangis aku fikir pasal baju...nak basuh balik tu memang tak de masalah tapi nak tunggu kering memang perit la...kalau nak jemur hari sabtu...sapa yang nak tolong tengok-tengokkan..kawan-kawan semua tak de kot minggu nie...last-last aku biarkan je dia basah sebasah-basahnya macam baru celup kat air & terus sidai...


petang punya cekadak :
perancangan nak pergi gotong-royong kat rumah sayang dr. S tak jadi memandangkan aku malas nak banyak fikir + selesama + batuk kahak hijau cream...kesihatan mental & fzizkal kurang mengizinkan, jadi tak lah rasa bersalah sangat tak pergi tolong lecturer teruna bujang kembali yang sorang tuh...feedback dari mereka-mereka yang datang pun da melegakan sebab sangat ramai yang sudi menghulurkan duit bantuan untuk menganyang sampai licin makanan + BBQ bakteria-bakteria kat rumah baru masuk lepas disewakan pada orang lain tuh....


malam yang sepi tanpa kekacauan :
siapkan diri dengan bikini bunga-bunga tropika pakaian sukan sebab ada game sukan olimpik (sukem la) kat stadium sydney....olahraga 1500m...compom aku join tapi tahun lepas lah kan..tahun ni da jadi sejarah silam je...memandangkan terasa rugi kalau tak join sukan terbesar universiti nih...maka aku pun ambil langkah bijak dengan join aje sukan angkat berat lontar bom walaupun dah tahu tak akan menang + memalukan diri + buang duit kolej aje hantar wakil...aku peduli apa semua tuh...yang penting aku akan tetap bersukan selagi terdaya...walaupun tak menang..tapi tetap seronok sebab apa ???...

1) jumpa & tegur balik dengan atlet olahraga dari sarawak yang aku kira dia hebat lagi berbanding aku ekoran dia kurus lagi
2) abang yang panggil-panggil nama peserta tu hensem jugak tau...walaupun akau tau mesti nama aku kena mainkan je...sangkaan aku memang betul...lontaran pertama memang dia panggil nama penuh...lontaran kedua habis dia bantai nama aku paggil main-main " fauziah daud!!!"...aku pun dengan selamba ya-ya la jawab balik...tak datang!!!...
3) terharu sebab adik-adik 1st year agak teruja melayan aku...siap offer seluar tracksuit dia untuk buat lap tangan...motif : aku pakai seluar putih + kasut putih....nanti kotor...offer beriya-iya pulak tuh...mula-mula ingatkan gurau senduk je...takut pulak aku...malu aku nak tolak pelawaan dia tu...tapi takkan lah aku nak lap tangan aku yang kotor kena lumpur tu kat seluar dia walaupun seluar dia cantik da kotor semata-mata tak nak lap kat seluar sendiri?????...

kesimpulannya :
aku bersyukur hari ini berjalan dengan baik walaupun ada masalah-masalah dunia yang datang...namun semuanya dapat diatasi dengan cara paling berdiplomasi...hari ni jugak hari ke 3 aku tak tengok profile dorang...walaupun kadang-kadang teringin sangat nak tahu perkembangan dia...tapi untuk apa aku tahu kalau itu hanya menyakitkan aku untuk melalui hari mendatang...

p/s : aku rela kau bahagia walau dengan siapa jua
telah banyak tahun aku membuat kau menderita tanpa cinta seperti yang kau minta
aku berasa terlalu hina untuk membina syurga tanpa satu hati & dua jiwa yang serupa


im cry when i remember that im make u suffer with me 4 a long time...

Friday, October 1

14 hari tanpamu

29 september 2010 = hari berlalu dengan tenang tanpa banyak halangan...salah satu punca ketenagan dapat dikembalikan ialah ---------> tak tengok lagi pesbuk dorang yang seperti langsung tidak menghormati aku sebagai bidadari syurga (layakkah akuuu????, insyaAllahhh)manusia....walaupun masih terasa kesunyian yang datang entah dari mana..namun segalanya dapat dikawal dengan kehadiran kawan-kawan yang sentiasa ada dikala susah & senang...kesibukan lecturer yang teramat telah mendorong untuk membatalkan kelas...lantaran kekosongan hari di tengah minggu...elok sangat kiranya diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah...langkah diayun, rentak disusun...liebri pusat jadi tumpuan pertama ekoran amanat seorang rakan yang sakit perlu ditunaikan...biarkan yang bertugas terlewat kiraan waktu membuka pintu, namun semua itu hanya cubaan...terima kasih yang tak terhingga tetap diletakkan walaupun sekali-kali tidak terungkap di luaran...permintaan seorang teman untuk membeli-belah tidak dihampakan walau sedikit sibuk dengan tugasan...

sememnagnya membeli-belah di waktu begitu agak janggal namun masih dapat merasai keseronokan lantaran kurang kesibukan dengan orang ramai...orang lain yang ajak pergi tapi aku pulak yang terover soping..tapi tak mengapa, semuanya barang keperluan...hajat nak berenang di danau toba terpaksa dilupakan berikutan masalah yang tak dapat dielakkan...kaki diteruskan melangkah ke liebri utama demi mencari maklumat untuk esemen BM dalam media massa...tapi agak hampeh kerana semuanya dalam base omputih tapi masih dapat difahami...tapi kalau dah malas nak baca, apa pun boleh tak boleh!!!...badan bernasib baik kerana mempunyai seorang teman yang sangat-sangat membantu bagi menyelesaikan tugasan masalah ini...kerjasama amatttt dihargai...kaulah kawan aku dunia akhirat dan-dan je ngaku...

memandangkan bespren sekarang suka sangat tido awal...terpaksalah ikut jejak langkah dia untuk awal jugak...tapi awal dia pukul 12.00 a.m, awal aku pukul 8.00 p.m 4.00 a.m..awallah sangatttt...macam biasa, nitemare memang suka singgah walau aku tido lepas solat isyak yang dah nak masuk waktu tahajjud tuh...tapi malangnya, tidur aku yang tak lena + nitemare dicemari pula dengan anasir-anasir jahat yang lain...

tepat 5: 10: 40 a.m  = aku dikejutkan oleh mesej 6 page kosong daripada 40 orang seseorang yang telah membuang aku jauh dari hidupnya...untuk apa ini semua berlaku????...adakah ini disebabkan ketidaksengajaan nak cabar aku atau doa aku telah termakbul sedikit demi sedikit...atauuu hanya kepalsuan di awal hari yang tak akan menjadi doremon realiti sampai akhir waktu...sesungguhnya, aku berada dalam ajai & nurul keliru...

p/s : da nampak dengan mata & dengar dengan hidung sendiri, petugas liebri tegur student dengan cara memalukan...aku dengan tak sengaja telah sound secara rambang dengan berkata " penat sangat ke abang tu keje liebri? "...kalau kena pada aku, jangan leceh aku naikkan nama ko kat papan aduan liebri...


Monday, September 27

cekelat



24 september 1988, seorang bayi dilahirkan dengan keadaan yang sangat suci bersih...tapi sekarang semuanya sudah berlalu selama 22 tahun...bayi yang dulunya suci dan bersih kini sangat selekeh...kalau tereksiden bangun lambat...kelas pukul 8.00 a.m pulak tuh..jawapnya memang akan sebijik macam angelina jolie mak cik jual popia...da kelam kabut tu memang compom-compom la dia sarung aje selipar jepunisme dia yang da season in de sun tuh...kalau pakai selendang pulak (tak payah iron la kononnya, sebab selendang penyelamat dari nak iron) selendang disaster...dengan kaki yang tak sabar nak berkejar ke kelas, mesti dia bantai selempang kiri kanan je...yang susahnya sapa nanti???...aku jugak, penat nak tahan ketawa tengok dia dalam keadaan camtuh..pastu menggelabah takut nampak sangat terlajak tido...banyak sangat benda yang lawak dia buat dalam kegelabahan dia mengawal situasi...

tapi aku bukan nak cerita tu sebenarnya..aku nak cerita pasal hadiah besday dia...sabtu lepas aku ada la keluar jumpa member kampung aku kat KL CENTRAL....da nak balik tu tetiba nampak pulak yang agak santek la kan...belek punya belek ingatkan nak belikan dia bear...tapi rasa cam boypren dia da bagi...jadi aku tak nak la nanti bear aku wresling ala-ala WWF dengan bear pemberian boypren dia tu...bear, CANCEL!!!!....belek-belek pulak coklat love, whoaaaa...macam bercinta pulak  aku dengan dia...aku pun rasa tak sedap nak bagi hadiah camtu...takut pulak dia ingat aku obsess kat dia ala-ala gepren..hahha..yelaaa, aku kan baru single..macam desperate single pulak nanti...love, CANCEL!!!  lagi...last-last nampak la hadiah yang biasa-biasa je tapi packing dia agak menarik...tak payah la aku sampul sampi lagi..dila pun tak ya la susah-susah nak balik jalan kaki laju-laju (nak lawan kecepatan aku ke???)...semata-mata nak tau hadiah apa aku bagi...

masalahnya sekarang macamana nak bagi...aku ingat nak bagi lepas kelas BM messcom..tapi ada kelas P&P ganti pulak kul 2.00--->4.00 p.m nih...terpaksa bagi nanti je...masa lepak PTSL, dia cakap nak jumpa boypren dia...aku relakan je la...dia siapkan tinggalkan aku sorang-sorang & suruh copy jurnal untuk tesis dia pulak tuh...kurang garam laut kau sayang...tapi tak pe, aku tak kisah pun...jasa dia lagi banyak pada aku...lepas sembahyang zohor, aku pun nekad letak hadiah tu dalam fail pink buruk dia tuh...masa nak balik kelas P&P aku bagi balik fail tu tapi dia tak perasan lagi ada benda ajaib dalam tuh...aku pun balik dengan senang ati tapi gatal hidung (shrooottt...shrottttt)...selesema datang balik walaupun batuk hasil demam awal puasa tak habis lagi...aku redha dengan ujian kesihatan oleh Allah ni...

tanpa segan silu dia pun anta mesej kat henpon canggih aku yang berbunyi "Og sayang!!! tengs choc ni..pndi eh buat surprise..."...aku tak baca pun mesej dia tu sebab henpon dalam beg lagi...cuma tersedar ada mesej sebab dia call..dia ye2 la bagitau aku choc. aku tertinggal kat dia...aku cakap la choc. tu memang bagi kat dia..dia punya malu aku tak tau la nak cakap apa...nasib baik aku tak ada depan mata dia...kalau tak, mau aku gelak sakan...dia suruh baca mesej dia, aku ketawa je laa...dia saja tulis camtu sebab nak sakat aku, kononnya dia nak makan choc  aku tuh...haaaa...kan dah kena...nak kenakan aku tapi sendiri yang kena...u always fail to teast me..hahahha....sesungguhnya sayang aku yang sorang ni..tak arif lagi tentang aku...i dont eat choc baby....
ni namanya mak cik jual popia....heee

Sunday, September 26

hari tanpa perancangan

ALHAMDULILLAH...selamat sampai UKM 2 jam yang lepas...balik sangat lambat kali nie...kul 8.20 malam baru sampai K4....apa nak jadi la dengan wanita-wanita SINGLE ni....selalu boleh je balik awal....selalu xde pun balik jalan sampai malam-malam....selalu boleh je sampai bilik 2@3 pagi kan...boleh je kan balik pagi...awal sangat daripada waktu hari nie....

ni semua salah DAYAH...dia kata nak ajak keluar makan je tapi sampai ke ALAMANDA dihangkutnya kitorang yang SINGLE ni...ok, ulang lagi ke"SINGLE"an kitorang....tak tahu nak makan apa sebab 1st time pergi situ...jadi, ikut dayah makan apa...pilihannya ialah - - - - - > TOMYAM SEAFOOD MEE....kaw2 dia punya pedas tapi agak masin di situ...tak sampai hati nak habiskan mee dia yang warnanya xcantik tuh (maafkan aku wahai mee)...lepas makan dorang ajak ricky karok tapi agak full dan agak mahal....CANCEL!!!!...

off to UKM balik, ANA pun xboleh lama sangat sebab nak keluar dengan kawan lain...on the way balik tuh sambung ping pang pet pot dengan 3 orang lagi single ladies...dorang memang xpernah diam ye, bercakap aje 24/7...tapi sangat best sebab boleh hilangkan STRESS aku nih dengar cerita2 dorang yang akan berubah cepat ikut mood dan topik perbualan...cakap je topik apa sekalipun, memang masyuk la berborak...xterasa langsung perjalanan....sampai berarak mendung kelabu pun jadi topik...hebat tak hebat 3 ladies nih...

masuk je UKM, MUN call dayah ajak pergi MINES...last2 pergi jugak walau bukan nak jumpa mun...ricky movie tapi cerita yang shikin nak tengok tu lambat sangat...xjadi tengok, takot mengganggu waktu tidur wanita berkerjaya macam die...its ok...lets karok...bantai karok 2 jam ok...sakit tekak sebab malam sabtu punya sesi karok pun xbaik lagi...da karok lagi...memang disaster...dayah punya taste lagu memang sangat best...lagu memang xcukup tanah nak kejar..baru nak sebut satu ayat da 3 4 ayat tertinggal....mana taknya...dia bantai lagu omputih...aku dengan shikin da la lidah belacan (shikin cuba ubah nasib, sebab beli PREGO nak buat spagheti)...lepas ni boleh la join dayah pilih lagu omputih ye shikin.... ; )....habis je karok ternampak DUNKIN DONUT...teringin pulak nak beli sebab teringat kenangan berbuka dengan IRA FASHUA @ fasha sandha...tapi shikin suggest pergi BIG APPLE...ikut je la sebab xpernah beli pun donut2 segala bagai sebelum nih...xminat cam pompuan lain...bli bukan 1 tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....3 ok...makan sorang masa on the way balik UKM, sedap gak...tq shikin suggest tempat tuh...tapi macam nak terbarai perut...tobat xnak beli banyak2 lagi...beli 1 cukup!!!!!


sampai2 je kat K4, pergi buat tinjauan tapak projek sekejap..nak tengok apa2 yang menarik la kononnya sambil beli hot dog yang dorang (dorang tu sape???...dayah je kottt) terpengaruh rasa kesedapannya setelah merembat hot dog  aku semalam...bagus x taste makan i???...SHIKIN pulak macam beriye2 sangat nak join MAJLIS PENUTUP KARISMA '11 tuh...dengan seluar jeans rockers aku yang aku pernah janji dengan kawan2 rapat xnak pakai lagi lepas nih tuh nak g majlis tuh...memang disaster la jawapnya...nasib baik plan bertukar....BALIK BILIK!!!...


p/s : sedih sebab tiba2 dapat berita kawan sekampung meninggal dunia sebab kemalangan depan PETRONAS....dia naik motor dan kena langgar dengan kereta sebab driver tu agak baghal....buat u turn kat tempat sesak camtuh...AL-FATIHAH...semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...