Friday, November 5

kecewa tiada terduga



semalam...
aku dihiburkan dengan gelak tawa ....tapi hari ini tangisan seperti akan mendahului segalanya
aku seakan tak kuat untuk menjalani hari ini...entah apa yang cuba terjadi aku hanya mampu menunggu sehingga esok pagi...

abang fadil...
aku tak nak susahkan ko..tapi sekarang ni aku sangat perlukan ko...
untuk sokong aku setiap masa...aku terlalu kecewa..semua itu menghambat aku semula
aku dah pon baca Quran macam yang ko selalu pesan
aku ingat Allah setiap masa macam ko pesan
aku tak pernah lupa Allah

abang asmoni...
aku minta maaf sebab tak dapat balik majlis kahwen ko
walaupun hari ini sebelah perempuan
aku tetap rasa bersalah yang teramat sebab
nanti kat umah kita..belum tentu aku ada jugak
dah kahwen ni..pandai2 la jaga keluarga ok
aku tak boleh cakap lebey2 sebab "ko kan abanggg"

parent...
nak minta maaf juga
sebab dah dua kali abang sendiri kahwen tak dapat balik
banyak benda yang menghimpit untuk diselesaikan
minta halal makan minum, jasa dan semuanya
takot tak sempat untuk buat semua ini
takot ajal menjemput tanpa disedari diri

ila...
aku harap ko tetap bersabar dalam mengharungi liku2 hidup ini k
apa yang aku mampu buat setakat ni hanyalah bagi telinga
kalau ko rasa itu dah cukup membuat ko lega
aku sendiri akan cukup bahagia

ida...
kat umah dah xde orang perempuan sangat
sebab ila pon dah ada tanggungjawab yang lebih besar
aku memang harapkan ko je nak jaga mak
kalau mak sakit sekurang-kurangnya ada gak orang tengok2kan

adik...
ko la penawar...ko jugaklah racun
SPM dah dekat...study rajin2 ok
aku tak tahu setakat mana aku boleh tolong ko
tapi doa kejayaan untuk ko memang ada
aku tak nak tengok ko menyesal di kemudian hari
apa yang betul dalam hidup aku ko ikut la
apa yang sebaliknya..jangan sekali ko mencuba

p/s : terima kasih yang tak terhingga pada keluarga
korang ada setiap masa walau terkadang aku terleka
aku bersedih seperti aku tak punya apa2
walhal aku masih punya keluarga yang setia

No comments:

Post a Comment