Saturday, October 16

this is wat we call "TRAGEDY OCTOBER"

dr. karim = seseorang yang aku cinta...atas dasar apa aku mencintai seorang lelaki yang usianya hampir sebaya dengan kakak sulungku....dulu, aku masih mampu tersenyum dan tertawa tika mendengar kata pujangga itu...cinta itu buta....hingga muda remaja mampu melabuhkan cintanya pada yang jauh berusia...aku pendam seluruh cintaku ini hingga tiada siapa dapat menghidunya walau secubit rasa...dr. karim....i'll love u...i'll love u...and i'll love u 4 ever a year again.....tanpamu, hancurlah masa depanku...oh, tidakkkk!!!!...muahahhaa...ko nak mampus, ingat aku desperate sangat nak rebut cinta lecturer sendiri...dr. karim penyelia tesis aku ok...

terima kasih pada dr. karim = batalkan midsem ekoran 4 orang pelajar pilihan bebas tak tahu ada midsem semalam...aku terus tepuk tangan ala-ala dolphin dapat ikan lepas lompat-lompat dalam air...selamat hidup aku...mau taknya...aku tak study mana kottt...penat yang amat minggu nih...

terima kasih sekali lagi pada dr. karim = tamatkan kelas awal sebab ada presentation ntah dekat mana tah dia sebut...kul 9 pagi da habis kelas ok..sangat seronok...terus pergi makan kat cafe censelori...

menu : bubur ( ikan bilis + kacang tanah + kicap )        
menu tambahan : ayam masak kicap

dah 3/4 makan nih...aku makan la tulang yang lembut tuh...biasanya aku bantai telan je tulang tu sebab tulang tu sedap dan tak mati pun kalau telan...tiba-tiba aku rasa tulang tu terlalu keras nak aku gigit...siap berlaga-laga kat gigi...lastly, aku kuarkan dari mulut...punyalah terkejut nak naik haji mampos aku dibuatnya...nak tahu benda apa yang keras sangat & aku gigit tuh????


paku karat ok...
siap bengkok lagi....memang sedaplah makan paku nih...da macam keropok...
terbantut semua orang nak makan...sian bebudak nih..tak pasal-pasal terlibat sama...kebetulan pekerja cafe lalu...bagi pada dia and then manager dia datang...tau apa dia cakap???

             "...pakcik minta maaflah, mungkin pekerja tak perasan kan masa bersihkan ayam tuh...
                                     aaa, ambik apa-apa yang nak ambik..."

aku yang da tergamam ni...senyap je laaa...
yang tak logiknya ialah : dia suruh ambik apa je yang nak ambik...
aku nak makan punda phobia..nak ambik pebendanya...
lastly, cau terus...

p/s : naseb la aku ni baik aku tak serang kat kaunter masa orang ramai nak bayar...
lau tak..memang ruin la bisnes korang aku kejekan...
xmau makan kat situ buat masa terdekat @ selama-lamanya...
sangat phobia esp. daging ayam...







30 day without you

semalam, genap 30 hari aku hidup tanpa kau...aku sangka aku akan mati segala-gala walau bukan tercabut nyawa...tapi semua kejadian adalah dengan keizinan Tuhan...aku berjaya bernafas selama 30 hari ini walaupun kadangakala terpaksa bernafas dalam sendu...tangan aku telah berjasa pada awal pagi 15 oktober 2010 untuk menyeka air mata...mood untuk study midsem tiba-tiba diganggu oleh emosi yang datang entah dari mana...iringan lagu yang menusuk kalbu, seakan mengajuk-ajuk perasaan aku yang minta dipujuk...aku tak mampu memendam ini semua...aku habiskan di air mata walau aku tahu ia takkan bermakna apa-apa untuk aku atau dia...yang aku lakukan hanyalah untuk memuaskan hati sendiri yang sepi secara tak semena-mena...


air mata yang aku sapu itu aku harap menjadi pemangkin semangat aku untuk lebih kuat menghadapi 30 hari atau 30 tahun akan datang...mampukah aku????...itu semua akan terjawab oleh masa dan keadaan...aku kuatkan diri aku untuk tidak mahu lagi melihat luka yang terpendam dan seakan-akan luka berdarah yang disimbah dengan perahan limau...sakitnya hanya aku yang rasa..hanya aku yang dendam...hari-hari aku yang tabah biasanya akan diganggu gugat oleh lintasan kejahanaman perhubungan itu...jika diberi pilihan...aku tak mahu mengingat sebarang perihal itu walau secebis kenangan...kau akan aku anggap seperti lalang yang tiada pendirian..mudah dibawa arus keseronokan...kau bukan jejaka pilihan...


p/s : hari ni hari penganugerahan anugerah khas dekan...aku antara orang yang layak berada dalam di dalam kalangan itu...aku bersyukur, di masa aku jatuh lagi tersungkur...kejayaan ini yang membuat aku bangkit...aku akan pastikan aku tidak merempat hanya kerana "pembuangan" ini...aku sudah berada di sini...sedangkan kau...belum pasti lagi...

Sunday, October 10

penyelamat bencana

berbaju kurung + bertudung = ayu sekali si dara manis....entah berapa orang yang termasuk drama kali ini...kau pun tak ingat....yang pasti ia bermula di sini :


babak 1:
berjalan bersama rakan-rakan dengan langkah tersusun bagai...
menghala ke sebuah pantai yang indah lagi permai...
ajakan teman tiada dihiraukan...
lantaran ade yang mahu difikirkan...

babak 2:
rakan-rakan yang lain teruja nak naik sampan menuju ke suatu destinasi yang tidak aku ketahui...
aku mencari seorang teman lain yang mempunyai alasan agak serupa untuk tidak bersama mereka...
pelawaan dua jejaka berjaya menguntum 2 bunga...






babak 3:
langkah diayun ke kenderaan darat...
secara tiba-tiba angin + hujan lebat + ribut datang bertandang...
aku teringatkan teman-teman yang menaiki bot tadi...
apakah nasib mereka dipukul badai gelora...
hatiku tertanya-tanya..apakah ini suatu petanda...
langkah & keputusan aku tidak mengikut mereka benar belaka...

babak 4:
sampai di sebuah rumah kayu yang agak lama kelihatannya...
aku disambut mesra dengan gelak tawa & jenaka...
kemesraan seorang jejaka di antara dua mengejutkan jiwa...
namun sesekali kau tidak leka dengan itu semua...
percaturan dengan ibunya yang mementingkan syurga membuat aku tersenyum jua...

p/s : aku tiada tahu makna apa bagi semua ini
Ya Tuhan yang Maha Pencipta
hijabkan kau dari berduka lara

mimpi yang menghambat

beberapa hari ni terasa sesak untuk aku bernafas....udara yang diberi pinjam secara percuma dari YANG MAHA PENCIPTA terasa cukup perit untuk telan...aku tak tahu mengapa mereka yang mahu aku campakkan jauh dari legenda hidup aku seolah-olah semakin berlari mengejar aku...apakah aku yang hanya dikejar bayangan sendiri...yang takut akan dosa silam yang telah terjadi...jika aku diberi pilihan untuk mengundurkan masa...mahu saja aku melupakan seorang jejaka yang pernah bertakhta...aku tak mahu dia berada di dalam jiwa walau untuk seketika...kerana tika mereka ketawa gembira..aku menangis hiba berseorang tanpa teman setia...mana janji yang pernah dikata untuk dikota...semuanya hancur lebur tanpa banyak tanda tanya bagi dia...

ingatan demi ingatan datang menjengah tatkala siang hampir melabuhkan tirai...aku semakin takut dengan kegelapan alami duniawi...aku takuttt...aku takutttt dan aku takutttt...aku sendiri tak mengerti mengapa ketakutan ini menyelubungi diri...takut aku menghadapi hari mendatang bersendirian adalah suatu yang sudah pasti...tiada aku tahu mengapa secara tiba-tiba aku hilang semangat untuk terus berlari walau banyak tangan yang menanti aku terus mengecapi bahagia diri...

mimpi pelbagai mimpi yang bertandang menambah keresahan aku pabila malam...aku tak mampu menghalau anasir-anasir seperti itu jika ia datang menghambat setiap malam...dalam setiap lena khayalku pasti diganggu duka yang menghempas akal...aku tiada berdaya...

padaMu wahai pencipta...aku bermohon jauh dari duka
datangkanlah aku bahagia..agar aku tiada kecewa selamanya

p/s : terima kasih tiada terhingga buat mata yang sering menangis tatkala aku kecewa
terima kasih pada hati yang sering menggenggam erat tali agama di masa aku merintih hiba

harapan yg punah...

Saturday, October 2

hujan di luar membuat baju ku basah..hujan di dalam membuat jiwaku resah


awal pagi punya cerita :
ku sangka panas sampai ke petang...rupanya hujan masa aku tengah tido...sangat menghampakan hati kerana baju yang bersosah-sosah aku basuh pakai tangan mesin full otomatik tu basah balik...penuh seampai kot baju tuh semua...planning nak jemur sebelum nak pergi kelas dr. karim xjadi...sebab bangun awal sangat ekoran tido pun awal sangat kan...terpaksalah jemur lepas balik kelas...tu pun masih ragu-ragu sebab tetiba berarak mendung awan yang kelabu...nak jemur ke tak nak...jemur ke tak nak...ohhh...aku dalam dilemma...tapi memikirkan sabtu nak jalan...maka terpaksa jemur jugak la kan...kang bau asem pulak spender baju-baju aku tuh...


pagi hampir tengahari :
nasi yang aku tapau dari cafe pusan aku bedal sambil on9...dua jam da cukup untuk hadam makanan tuh..apalagi...sejadah tilam & bantal da swittt2 je dari tadi..tapi tak sempat nak mimpi...baru 20 minit kot aku tido...tiba-tiba tersedar dari lamunan...bangun-bangun je ada duit 10k jatuh atas riba dah hujan lebat ok...dan tiba-tiba lagi...teringat spender & bra baju yang sebakul tuh..nak menangis aku fikir pasal baju...nak basuh balik tu memang tak de masalah tapi nak tunggu kering memang perit la...kalau nak jemur hari sabtu...sapa yang nak tolong tengok-tengokkan..kawan-kawan semua tak de kot minggu nie...last-last aku biarkan je dia basah sebasah-basahnya macam baru celup kat air & terus sidai...


petang punya cekadak :
perancangan nak pergi gotong-royong kat rumah sayang dr. S tak jadi memandangkan aku malas nak banyak fikir + selesama + batuk kahak hijau cream...kesihatan mental & fzizkal kurang mengizinkan, jadi tak lah rasa bersalah sangat tak pergi tolong lecturer teruna bujang kembali yang sorang tuh...feedback dari mereka-mereka yang datang pun da melegakan sebab sangat ramai yang sudi menghulurkan duit bantuan untuk menganyang sampai licin makanan + BBQ bakteria-bakteria kat rumah baru masuk lepas disewakan pada orang lain tuh....


malam yang sepi tanpa kekacauan :
siapkan diri dengan bikini bunga-bunga tropika pakaian sukan sebab ada game sukan olimpik (sukem la) kat stadium sydney....olahraga 1500m...compom aku join tapi tahun lepas lah kan..tahun ni da jadi sejarah silam je...memandangkan terasa rugi kalau tak join sukan terbesar universiti nih...maka aku pun ambil langkah bijak dengan join aje sukan angkat berat lontar bom walaupun dah tahu tak akan menang + memalukan diri + buang duit kolej aje hantar wakil...aku peduli apa semua tuh...yang penting aku akan tetap bersukan selagi terdaya...walaupun tak menang..tapi tetap seronok sebab apa ???...

1) jumpa & tegur balik dengan atlet olahraga dari sarawak yang aku kira dia hebat lagi berbanding aku ekoran dia kurus lagi
2) abang yang panggil-panggil nama peserta tu hensem jugak tau...walaupun akau tau mesti nama aku kena mainkan je...sangkaan aku memang betul...lontaran pertama memang dia panggil nama penuh...lontaran kedua habis dia bantai nama aku paggil main-main " fauziah daud!!!"...aku pun dengan selamba ya-ya la jawab balik...tak datang!!!...
3) terharu sebab adik-adik 1st year agak teruja melayan aku...siap offer seluar tracksuit dia untuk buat lap tangan...motif : aku pakai seluar putih + kasut putih....nanti kotor...offer beriya-iya pulak tuh...mula-mula ingatkan gurau senduk je...takut pulak aku...malu aku nak tolak pelawaan dia tu...tapi takkan lah aku nak lap tangan aku yang kotor kena lumpur tu kat seluar dia walaupun seluar dia cantik da kotor semata-mata tak nak lap kat seluar sendiri?????...

kesimpulannya :
aku bersyukur hari ini berjalan dengan baik walaupun ada masalah-masalah dunia yang datang...namun semuanya dapat diatasi dengan cara paling berdiplomasi...hari ni jugak hari ke 3 aku tak tengok profile dorang...walaupun kadang-kadang teringin sangat nak tahu perkembangan dia...tapi untuk apa aku tahu kalau itu hanya menyakitkan aku untuk melalui hari mendatang...

p/s : aku rela kau bahagia walau dengan siapa jua
telah banyak tahun aku membuat kau menderita tanpa cinta seperti yang kau minta
aku berasa terlalu hina untuk membina syurga tanpa satu hati & dua jiwa yang serupa


im cry when i remember that im make u suffer with me 4 a long time...

Friday, October 1

14 hari tanpamu

29 september 2010 = hari berlalu dengan tenang tanpa banyak halangan...salah satu punca ketenagan dapat dikembalikan ialah ---------> tak tengok lagi pesbuk dorang yang seperti langsung tidak menghormati aku sebagai bidadari syurga (layakkah akuuu????, insyaAllahhh)manusia....walaupun masih terasa kesunyian yang datang entah dari mana..namun segalanya dapat dikawal dengan kehadiran kawan-kawan yang sentiasa ada dikala susah & senang...kesibukan lecturer yang teramat telah mendorong untuk membatalkan kelas...lantaran kekosongan hari di tengah minggu...elok sangat kiranya diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah...langkah diayun, rentak disusun...liebri pusat jadi tumpuan pertama ekoran amanat seorang rakan yang sakit perlu ditunaikan...biarkan yang bertugas terlewat kiraan waktu membuka pintu, namun semua itu hanya cubaan...terima kasih yang tak terhingga tetap diletakkan walaupun sekali-kali tidak terungkap di luaran...permintaan seorang teman untuk membeli-belah tidak dihampakan walau sedikit sibuk dengan tugasan...

sememnagnya membeli-belah di waktu begitu agak janggal namun masih dapat merasai keseronokan lantaran kurang kesibukan dengan orang ramai...orang lain yang ajak pergi tapi aku pulak yang terover soping..tapi tak mengapa, semuanya barang keperluan...hajat nak berenang di danau toba terpaksa dilupakan berikutan masalah yang tak dapat dielakkan...kaki diteruskan melangkah ke liebri utama demi mencari maklumat untuk esemen BM dalam media massa...tapi agak hampeh kerana semuanya dalam base omputih tapi masih dapat difahami...tapi kalau dah malas nak baca, apa pun boleh tak boleh!!!...badan bernasib baik kerana mempunyai seorang teman yang sangat-sangat membantu bagi menyelesaikan tugasan masalah ini...kerjasama amatttt dihargai...kaulah kawan aku dunia akhirat dan-dan je ngaku...

memandangkan bespren sekarang suka sangat tido awal...terpaksalah ikut jejak langkah dia untuk awal jugak...tapi awal dia pukul 12.00 a.m, awal aku pukul 8.00 p.m 4.00 a.m..awallah sangatttt...macam biasa, nitemare memang suka singgah walau aku tido lepas solat isyak yang dah nak masuk waktu tahajjud tuh...tapi malangnya, tidur aku yang tak lena + nitemare dicemari pula dengan anasir-anasir jahat yang lain...

tepat 5: 10: 40 a.m  = aku dikejutkan oleh mesej 6 page kosong daripada 40 orang seseorang yang telah membuang aku jauh dari hidupnya...untuk apa ini semua berlaku????...adakah ini disebabkan ketidaksengajaan nak cabar aku atau doa aku telah termakbul sedikit demi sedikit...atauuu hanya kepalsuan di awal hari yang tak akan menjadi doremon realiti sampai akhir waktu...sesungguhnya, aku berada dalam ajai & nurul keliru...

p/s : da nampak dengan mata & dengar dengan hidung sendiri, petugas liebri tegur student dengan cara memalukan...aku dengan tak sengaja telah sound secara rambang dengan berkata " penat sangat ke abang tu keje liebri? "...kalau kena pada aku, jangan leceh aku naikkan nama ko kat papan aduan liebri...