beberapa hari ni terasa sesak untuk aku bernafas....udara yang diberi pinjam secara percuma dari YANG MAHA PENCIPTA terasa cukup perit untuk telan...aku tak tahu mengapa mereka yang mahu aku campakkan jauh dari legenda hidup aku seolah-olah semakin berlari mengejar aku...apakah aku yang hanya dikejar bayangan sendiri...yang takut akan dosa silam yang telah terjadi...jika aku diberi pilihan untuk mengundurkan masa...mahu saja aku melupakan seorang jejaka yang pernah bertakhta...aku tak mahu dia berada di dalam jiwa walau untuk seketika...kerana tika mereka ketawa gembira..aku menangis hiba berseorang tanpa teman setia...mana janji yang pernah dikata untuk dikota...semuanya hancur lebur tanpa banyak tanda tanya bagi dia...
ingatan demi ingatan datang menjengah tatkala siang hampir melabuhkan tirai...aku semakin takut dengan kegelapan alami duniawi...aku takuttt...aku takutttt dan aku takutttt...aku sendiri tak mengerti mengapa ketakutan ini menyelubungi diri...takut aku menghadapi hari mendatang bersendirian adalah suatu yang sudah pasti...tiada aku tahu mengapa secara tiba-tiba aku hilang semangat untuk terus berlari walau banyak tangan yang menanti aku terus mengecapi bahagia diri...
mimpi pelbagai mimpi yang bertandang menambah keresahan aku pabila malam...aku tak mampu menghalau anasir-anasir seperti itu jika ia datang menghambat setiap malam...dalam setiap lena khayalku pasti diganggu duka yang menghempas akal...aku tiada berdaya...
padaMu wahai pencipta...aku bermohon jauh dari duka
datangkanlah aku bahagia..agar aku tiada kecewa selamanya
p/s : terima kasih tiada terhingga buat mata yang sering menangis tatkala aku kecewa
terima kasih pada hati yang sering menggenggam erat tali agama di masa aku merintih hiba

No comments:
Post a Comment