semalam, genap 30 hari aku hidup tanpa kau...aku sangka aku akan mati segala-gala walau bukan tercabut nyawa...tapi semua kejadian adalah dengan keizinan Tuhan...aku berjaya bernafas selama 30 hari ini walaupun kadangakala terpaksa bernafas dalam sendu...tangan aku telah berjasa pada awal pagi 15 oktober 2010 untuk menyeka air mata...mood untuk study midsem tiba-tiba diganggu oleh emosi yang datang entah dari mana...iringan lagu yang menusuk kalbu, seakan mengajuk-ajuk perasaan aku yang minta dipujuk...aku tak mampu memendam ini semua...aku habiskan di air mata walau aku tahu ia takkan bermakna apa-apa untuk aku atau dia...yang aku lakukan hanyalah untuk memuaskan hati sendiri yang sepi secara tak semena-mena...
air mata yang aku sapu itu aku harap menjadi pemangkin semangat aku untuk lebih kuat menghadapi 30 hari atau 30 tahun akan datang...mampukah aku????...itu semua akan terjawab oleh masa dan keadaan...aku kuatkan diri aku untuk tidak mahu lagi melihat luka yang terpendam dan seakan-akan luka berdarah yang disimbah dengan perahan limau...sakitnya hanya aku yang rasa..hanya aku yang dendam...hari-hari aku yang tabah biasanya akan diganggu gugat oleh lintasan kejahanaman perhubungan itu...jika diberi pilihan...aku tak mahu mengingat sebarang perihal itu walau secebis kenangan...kau akan aku anggap seperti lalang yang tiada pendirian..mudah dibawa arus keseronokan...kau bukan jejaka pilihan...
p/s : hari ni hari penganugerahan anugerah khas dekan...aku antara orang yang layak berada dalam di dalam kalangan itu...aku bersyukur, di masa aku jatuh lagi tersungkur...kejayaan ini yang membuat aku bangkit...aku akan pastikan aku tidak merempat hanya kerana "pembuangan" ini...aku sudah berada di sini...sedangkan kau...belum pasti lagi...


No comments:
Post a Comment