baru beberapa hari menerima gaji pertama untuk dua bulan yang pertama
jumlahnya bolehlah tahan dengan hanya beberapa hari sahaja kerja
bukan sengaja aku tak mahu ambil gaji setiap bulan tetapi bulan kedua hanya 3 hari sahaja aku bekerja
lagi satu hal, nak kira gaji pun tak reti sampai terpaksa minta tolong kak wani a.k.a kawan karib bakery
terima kasih juga pada abang zam sebab tak banyak kerenah dengan pekerja macam aku nih
lepas dapat gaji, semua orang pakat sakat aku suruh belanjalah, apalah
abang zam pun tak terkecuali, pakat tersenyum-senyum tengok aku kena sakat
tapi abang makin comellah dengan perangai macam tuh
jadi, hari berkenaan antara hari bahagia sepanjang aku bekerja
tapi, baru sahaja nak bergembira dengan hasil penat lelah, dugaan pula datang tanpa diminta
hari jumaat@4 februari 2011, aku masuk kerja kira-kira jam 1 petang
datang-datang je dah agak sibuk sebab lelaki pergi sembahyang jumaat
tinggal kitorang yang perempuan ni je uruskan bakery sementara lelaki tak ada
belum sempat pun aku pakai apron dengan betul, dah ada orang nak kek
aku dengan semangat pun pergi ambilkan, maklumlah hari jumaat semangat lain macam
bila aku datang dekat, dr. mawar a.k.a pensyarah sastera kalau tak silap
lagilah aku bangga sebab yang datang tu pensyarah, dia belanja pelajar dia rasanya
dr. mawar minta kek kiwi dan strawberry, suruh aku ambilkan sebab takut rosak dan dia kena bayar pulak
aku tengok kek tu terpetong bahagian atas je sebab kek tu lembut sikit berbanding yang lain
aku pun ambilkan dengan penuh kegembiraan, tapiiiiiiiii, tanpa disangka-sangka
kek kiwi tu dah ada yang tempah dan yang paling mengejutkan
pelanggan tu nak ambil petang tu jugak
kejadian ni telah dikesan oleh wawa, rakan sekerja aku
aku punyalah cuak, aku beritahu juga kak wani
sebab aku tak perasan langasung kek tu dah ditulis wish
aku rasa bersalah sangat, kak wani pun suruh diam-diam je
keadaan tenang kembali sebab abang zam suruh potong je kek tu
tak lama lepas tu, ada sepasang pasangan arab datang nak beli kek tu
dengan bahasa yang aku tak faham walaupun diorang cakap inggeris
aku tetap senyum sebab hormat pelanggan, tambahan pulak orang luar
kenalah tunjuk peniaga malaysia + islam sangat menghormati pelanggan
si isteri macam tak mahu beli sebab dah kurang 2 potong daripada 8 potong kek
diorang bincang-bincang macam cakap berapa jumlah duit dalam bank
aku pun pandanglah lain demi hormat ketika mereka berbincang
lepas bincang-bincang tu, diorang keluar sebab tak jadi beli
tak lama selepas tu, diorang datang balik sebab nak beli jugak kek tu
si suami minta aku jarakkan kek tu agar nampak cantik sikit
beberapa jam selepas tu, datanglah pelanggan kek kiwi yang sebenar
dia datang 3 orang (perempuan + pelajar), tercenggang bila abang irfan cakap kek tu tak ada
diorang macam tak puas hati, aku pun tak salahkan diorang sebab memang hak diorang nak marah
kecoh 1 bakery pasal kek tu sahaja, aku punya pasal sampai semua bising-bising
apa yang mampu aku buat ialah tengok je adegan debat petang tu
entah macamana, salah seorang pelanggan tu cakap macam ni pada abang irfan
"abis, yang kat depan pun tak reti nak tengok!!!!!", dengan nada yang kuat dan sinis + kurang ajar
aku senyapkan je sebab tak nak bagi kecoh keadaan, dia beritahu kawan dia pasal aku
mungkin dia cakap aku buat muka tak puas hati + aku yang jaga depan masa petang tu
aku tak tahan nak menangis sebab hari tu adalah hari pertama kena maki dengan pelanggan
yang menjadi sebab utama aku menangis ialah budak tu pakai tudung
mula-mula masuk bakery dia senyap je, kawan dia yang banyak cakap
tiba-tiba dia berani cakap bila keadaan dah hangat
kalau diikutkan sebenarnya, aku tak akan menangis pun kalau benda-benda macam ni
tapi yang membuatkan aku kecewa adalah dia sebenarnya tak beranai pun nak cakap macam tuh
yang membuatkan dia berani adalah kerana dia datang 3 orang
tak apalah kan, hari ni dia hina aku tanpa fikir sikit pun perasaan aku sebagai manusia
mana tahu, esok lusa orang lain pulak hina dia lagi teruk daripada yang dia pernah buat
masa tu, tahulah betapa tinggi langit tu
p/s : hari tu adalah hari yang sangat mencabar bagi aku
berjuta maaf untuk abang irfan, sebab aku dia kena marah dengan pelanggan
minta maaf abang irfan : (
No comments:
Post a Comment